fbpx

Salah faham punca gaduh depan hospital di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kekecohan yang berlaku di pekarangan HRPB Ipoh, malam semalam.

IPOH – Salah faham menjadi punca insiden kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini lmelibatkan sekumpulan individu dan pengawal keselamatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan video tular kejadian itu yang berlaku pada pukul 12.20 tengah malam semalam.

Katanya, kekecohan melibatkan sekumpulan lelaki tempatan yang datang ke HRPB untuk menghantar rakan-rakan mereka yang cedera.

“Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham dan polis yang tiba di lokasi berjaya mengawal keadaaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, selain kejadian di HRPB, pihaknya menerima laporan membabitkan kes mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata tajam daripada seorang lelaki tempatan.

“Dalam kejadian itu, tiga individu cedera dan sedang menerima rawatan di HRPB. Punca kejadian dipercayai akibat selisihan faham antara dua keluarga membabitkan isu percintaan.

“Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah,” katanya yang memberitahu, dua kes itu merupakan kejadian berasingan namun saling berkaitan.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial yang memaparkan keadaan kecoh dengan sekumpulan lelaki dilihat menjerit-jerit di pekarangan Jabatan Kecemasan HRPB. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI