fbpx

Masih hidup – Shah Iskandar nafi meninggal dunia kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH ISKANDAR

PETALING JAYA – “Kepada yang cuba buat video tular saya meninggal dunia kerana kemalangan, tidak mengapa, saya maafkan”.

Ujar pelakon Shah Iskandar berhubung dakwaan yang tular dalam media sosial tentang dirinya apabila dikatakan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, pemilik nama lengkap Shah Iskandar Mahfuz bersyukur kerana masih lagi bernyawa dan menafikan dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Ada lagi masih hidup. Alhamdulillah. Kepada yang cuba buat video tular saya meninggal dunia kerana kemalangan kereta atau motorsikal, tidak mengapa saya maafkan,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon kelahiran Singapura itu turut menasihati netizen supaya jangan terlalu percaya pada sesuatu berita tanpa mendapat kesahihannya.

“Lain kali periksa dahulu betuk atau tidak sebelum nak letak (kongsikan) dalam TikTok,” jelasnya.

TANGKAP layar penjelasan Shah Iskandar menafikan satu berita tular mendakwa dirinya telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Hasil carian Kosmo! dalam internet mendapati, berita tentang ‘kematian’ Shah Iskandar sebenarnya melibatkan seorang pelajar berusia 17 tahun, Shah Iskandar Nor Haszemi yang memiliki nama sama seperti pelakon tersebut.

KERATAN laporan sebuah portal mengenai kematian pelajar berusia 17 tahun bernama Shah Iskandar pada tahun lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada November tahun lalu itu, Shah Iskandar maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di kilometer 24, Jalan Seremban – Kuala Pilah berdekatan Jalan Kampung Gedang Terachi, Negeri Sembilan.

Akibat daripada kemalangan tersebut, Shah Iskandar yang menunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI