fbpx

87 individu langgar SOP dikompaun, tiga positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang dikompaun dalam operasi pemeriksaan premis pusat hiburan dijalankan IPD Dang Wangi di Jalan Puncak, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 87 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Jalan Puncak, di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Dang Wangi pada pukul 1.45 pagi.

“Dalam serbuan itu, kita telah menjalankan saringan air kencing terhadap 87 pengunjung premis tersebut yang mana tiga pengunjung warga asing didapati positif dadah jenis THC dan methamphetamine.

“Kesemua individu yang positif dadah telah direman selama dua hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Noor Dellhan, pihaknya turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap kesemua pengunjung melibatkan 31 lelaki dan 56 wanita termasuk 25 warga asing.

“Kita telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 bagi setiap individu menjadikan jumlah keseluruhan kompaun bernilai RM87,000.

“Orang ramai diminta agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran atau penagihan dadah serta mematuhi peraturan SOP PPN,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI