fbpx
China menjangkakan proses pembinaan stesen Tiangong lengkap pada hujung tahun ini. – Google

Stesen angkasa lepas China siap dibina hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – China merancang melengkapkan pembinaan stesen angkasa lepas antarabangsanya (ISS) , Tiangong, menjelang hujung tahun ini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Republik itu juga bercadang melancarkan dua lagi modul ke stesen tersebut iaitu Wentian dan Mengtian, yang akan dilekatkan pada dua roket Long March 5B.

Pelancaran tersebut adalah sebahagian daripada 60 misi yang dirancang dihantar ke angkasa pada tahun ini. 

Sekiranya perancangan itu dicapai, ia akan mengatasi rekod yang dicipta negara itu sendiri pada tahun lepas, dengan 55 pelancaran misi selain 48 dari Amerika Syarikat sahaja.

Wentian akan dilancarkan terlebih dahulu pada pertengahan tahun ini, manakala pelancaran Mengtian akan berlaku menjelang hujung tahun, demikian  menurut Akademi Teknologi Kenderaan Pelancaran China.

Kedua-dua modul itu mempunyai jisim lebih 200,034 kilogram dan direka untuk menjadi makmal sains sama seperti kebanyakan modul ISS.

“Kami menjangkakan stesen angkasa itu akan memasuki fasa operasi pada hujung tahun ini,” kata Timbalan Ketua Pereka Tiangong, Bai Linhou. – AGENSI 

POPULAR