fbpx

Kapal angkasa Boeing berlepas ke ISS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET Atlas V yang membawa Starliner berlepas ke ISS dari Stesen Tentera Angkasa Lepas Cape Canaveral, Florida, semalam. - AFP

WASHINGTON – Dua angkasawan menaiki kapal angkasa l Boeing, Starliner buat pertama kalinya semalam untuk menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS),  lapor akhbar The Korean Times.

Roket yang membawa mereka dilancarkan dari  Stesen Tentera Angkasa Lepas Cape Canaveral di negeri Florida.

Angkasawan, Butch Wilmore dan Sunni Williams yang merupakan juruterbang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ‘menguji’  kapal angkasa baharu tersebut dan menjadi orang pertama terbang di dalamnya.

Starliner merupakan kapal angkasa kedua yang membawa manusia ke ISS selepas SpaceX,  sebagai perkhidmatan penerbangan untuk NASA.

Penerbangan Wilmore dan Williams yang pernah pergi ke ISS sebelum ini,  dijangka mengambil masa selama 25 jam.

Kedua-dua juruterbang itu  akan meluangkan  masa lebih seminggu di ISS  sebelum menaiki Starliner untuk pulang ke Bumi dan mendarat di sebuah padang pasir terpencil di barat Amerika Syarikat (AS) pada 14 Jun ini.

“Jom pergi!” kata Wilmore beberapa minit sebelum berlepas ke angkasa lepas.

Setengah jam kemudian, dia dan Williams selamat berada di orbit sebelum tiba di ISS.

Kru ISS bertepuk tangan apabila menyaksikan roket Atlas V yang membawa kapal angkasa tersebut dilancarkan ke angkasa lepas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI