fbpx

Rokok Saat, Tiara bernilai RM525,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM525,000 dirampas dalam satu serbuan di sebuah pondok kecil berhampiran sebuah tokong di Jalan Gambang, malam semalam.

KUANTAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga berjaya merampas 3,500 karton rokok seludup bernilai kira-kira RM525,000 dalam satu serbuan di sebuah pondok kecil berhampiran sebuah tokong di Jalan Gambang, di sini malam semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan kira-kira pukul 12.10 tengah malam dalam Ops Kontraban itu dilakukan hasil maklumat awam.

“Semasa tiba di pondok tersebut kelihatan dua individu bertindak melarikan diri ke dalam hutan berhampiran dan cubaan mengejar serta mengesan individu terbabit gagal kerana keadaan yang gelap.

“Hasil pemeriksaan menemui satu longgokan ditutupi kanvas yang mengandungi kotak-kotak berwarna coklat dan putih yang dibalut dengan plastik mengandungi rokok jenama Saat D-Blend dan Tiara yang dipercayai tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, rokok berkenaan dibawa ke markas PPM Wilayah Tiga untuk tindakan lanjut dibawah Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah khususnya penyeludupan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI