fbpx

Bapa AG Azmeer meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO kenangan Azmeer bersama arwah bapanya, Selamat Ipan.

PETALING JAYA – Bapa penyampai radio Hot FM, AG Azmeer iaitu Selamat Ipan, 76, meninggal dunia ketika tidur sekitar pukul tiga pagi tadi akibat Covid-19.

AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat memberitahu, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir kediamannya di Johor Bahru, Johor.

“Saya dapat tahu arwah bapa positif Covid-19 semalam. Keluarga bawa arwah ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

“Petang semalam saya masih berpeluang membuat panggilan video dengan arwah untuk bertanya khabar dan bertanyakan perkembangan kesihatannya.

“Ketika itu, arwah nampak sihat sahaja. Pagi tadi, saya dapat panggilan dari kampung mengatakan bapa sudah tiada,” katanya yang masih lagi terkejut dan seolah-olah tidak percaya bapanya sudah tiada.

Tambah AG, dia tidak menyangka ulang tahun kelahiran arwah bapanya pada 2 Februari lalu menjadi sambutan terakhir buatnya dan keluarga.

“Ketika itu, saya bersama isteri dan lima anak sempat pulang ke Johor Bahru untuk meraikan hari lahir ayah.

“Isteri saya sempat memasak juadah kegemarannya iaitu kuah dal,” katanya yang memberitahu bapanya sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor dan sangat dikenali dengan gelaran Haji Selamat JPJ.

Allahyarham Selamat meninggalkan seorang balu, dua anak dan tujuh cucu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI