fbpx

Bantu wanita B40 jalani HPV untuk cegah kanser serviks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adeeba (tiga dari kanan) menunjukkan kit khas ujian HPV kepada Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Gua Musang, May Soluman (dua dari kanan) hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kaedah pengujian alternatif, ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) secara calitan menggunakan kit khas membantu wanita kumpulan B40 di negara ini melakukan pemeriksaan bagi mencegah kanser serviks atau pangkal rahim.

Pengerusi (Removing Obstacles to Cervical ScrEening) atau Yayasan Rose, Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, sehingga kini lebih 15,000 wanita di seluruh negara telah melakukan ujian itu secara percuma.

Beliau yang juga Anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, hasil daripada ujian saringan itu, tujuh peratus golongan wanita dikesan mempunyai kuman HPV dan lima orang lagi menghidapi kanser serviks telah menerima rawatan susulan.

“Berikutan itu, kami mengharapkan lebih ramai penglibatan daripada badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut serta dalam program itu bagi membantu menghapuskan kanser ketiga yang paling banyak dihidapi wanita Malaysia.

“Malaysia merupakan salah satu negara di rantau ini yang memperluaskan vaksinasi HPV dalam kalangan kanak-kanak wanita berumur 13 tahun ke atas. Jadi, marilah kita bersama-sama membuat saringan awal agar dapat menghapuskan kanser serviks di negara ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI