fbpx

Dewan Rakyat: KKM dalam usaha dapatkan vaksin HPV buat pelajar yang tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam usaha mendapatkan vaksin bagi meneruskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada 820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1 yang tercicir daripada mendapat suntikan vaksin berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Saun berkata, pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan gangguan bekalan vaksin HPV peringkat global, sekali gus menjejaskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV di Malaysia, khususnya melibatkan pelajar perempuan Tingkatan 1 bermula 2021.

“Proses perolehan vaksin ini telah mengambil kira proses perolehan kerajaan selaras pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

“KKM komited memastikan semua pelajar perempuan kohort 2021, 2022 dan 2023 yang tercicir dapat terima vaksin HPV sebelum mereka tamat persekolahan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu perancangan KKM untuk membeli vaksin HPV, jenis vaksin dan jangka masa untuk memastikan mereka yang tercicir terutamanya semasa Covid-19.

Lukanisman berkata, jangka masa pemberian suntikan bergantung kepada jumlah vaksin yang diperoleh kelak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI