fbpx

28,000 wanita Arab Saudi pohon jawatan pemandu kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon yang layak akan memandu kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Mekah dan Madinah selepas menjalani latihan selama setahun. – Getty

RIYADH – Sebuah syarikat pengangkutan kereta api di Arab Saudi menerima 28,000 permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan pemandu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Syarikat dari Sepanyol berkenaan, Renfe berkata, pihaknya hanya merekrut 30 pemandu wanita yang terpilih daripada jumlah berkenaan.

Calon-calon yang layak akan memandu kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Mekah dan Madinah selepas menjalani latihan selama setahun.

Pengumuman tersebut menjadikan jawatan seumpama itu kali pertama diiklankan untuk golongan wanita di Arab Saudi.  

Selama berpuluh-puluh tahun, Arab Saudi dikenali sebagai salah satu negara yang mempunyai kadar penyertaan wanita paling rendah dalam pekerjaaan.

Namun, dalam beberapa tahun lepas, kerajaan membuat keputusan untuk meningkatkan bilangan pekerja wanita sebagai sebahagian daripada pelan Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk mempelbagaikan ekonomi bukan berasaskan minyak.

Ekoran daripada perubahan-perubahan tersebut, penyertaan wanita dalam pekerjaan meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh lima tahun lepas kepada 33 peratus. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI