fbpx

Tiga syarikat diserbu disyaki guna perisian cetak rompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan KPDNHEP Cawangan Timur Laut memeriksa komputer yang dirampas dalam tiga serbuan di daerah Timur Laut semalam.

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Timur Laut menyerbu tiga syarikat di daerah itu kerana disyaki menggunakan perisian cetak rompak bagi menjalankan perniagaan mereka.

Serbuan berasingan yang dijalankan pada Selasa hingga semalam itu melibatkan syarikat kejuruteraan, hiasan dalaman dan membuat komponen elektronik.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Daerah Timur Laut, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, serbuan berasingan itu dijalankan bersama pihak pengadu iaitu dari Business Software Alliance terhadap penggunaan perisian komputer yang dipercayai salinan langgaran.

“Semua salinan langgaran yang diguna oleh syarikat yang diperiksa mempunyai hak cipta.

“Dalam operasi ini, kita membuat sitaan terhadap lima komputer meja dan tiga komputer riba yang ditemui ketika serbuan bagi tujuan siasatan dengan anggaran nilai rampasan RM26,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kes itu disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987, dan jika disabitkan kesalahan seseorang itu boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak boleh melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI