fbpx

Pembekal susu rugi RM2,200 ditipu pegawai LHDN ‘palsu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang lelaki yang bekerja sebagai pembekal susu dari Triang, Bera mengalami kerugian RM2,200 akibat ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan anggota polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian semalam itu bermula apabila mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki.

“Lelaki terbabit memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN dan memberitahu mangsa mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM36,690 yang belum dijelaskan.

“Mangsa kemudian dihubungi individu lain yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang meminta mangsa memasukkan wang berjumlah RM2,200 bagi mengelak diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa telah memasukkan wang berkenaan ke satu akaun yang diberi suspek, namun suspek masih meminta wang RM10,000 menyebabkan mangsa berasa diperdaya.

Katanya, mangsa membuat laporan polis dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI