fbpx

Suspek kes penggal, bunuh ibu tiri direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) diiring keluar selepas menerima perintah reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini. - Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu tirinya dengan memenggal kepala mangsa menggunakan sebilah parang sehingga putus di Kampung Batu Machang, di sini petang semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 22 Februari ini dibenarkan Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan, Zaman Mohd. Noor di Mahkamah Majistret Gua Musang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu direman bagi membolehkan pihaknya melengkapkan kertas siasatan sebelum dibawa untuk proses pendakwaan di mahkamah.

Berita berkaitan: Ibu mati dipenggal anak tiri

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya putus dipenggal anak lelaki tirinya di rumah mereka di Kampung Batu Machang, Jerek.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI