fbpx

Ibu mati dipenggal anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang wanita mati dipenggal anak tirinya di Kampung Batu Machang, Jerek dekat Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN PDRM

GUA MUSANG – Seorang wanita mati dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya putus dipenggal anak lelaki tirinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Kampung Batu Machang, Jerek di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, suspek yang berusia 39 tahun itu telah menyerah diri di Balai Polis Bertam di sini selepas mengaku telah membunuh ibu tirinya dengan parang di rumah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, polis terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan yang mengatakan seorang wanita berusia 54 tahun dicederakan oleh anak tirinya itu.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek merupakan seorang penagih dadah dan pesakit mental.

“Hasil pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati, leher mangsa putus akibat ditetak menggunakan parang. Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pemeriksaan mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes curi motosikal dan kes pecah rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI