fbpx

Pakar anggar 3.7 juta kematian Covid-19 di India, bukan 510,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kesihatan menjalankan ujian calitan hidung di platform kereta api di bandar Mumbai pada 4 Februari lalu. - AFP

NEW DELHI – Pakar-pakar menganggarkan angka kematian akibat pandemik Covid-19 di India adalah sebanyak 3.7 juta orang iaitu tujuh kali ganda daripada angka rasmi, lapor akhbar MailOnline semalam.

Sekiranya anggaran mereka benar, India muncul negara yang mencatat korban Covid-19 tertinggi dunia iaitu empat kali ganda lebih tinggi  daripada Amerika Syarikat (AS) yang merekodkan 922,000 kematian.

Rekod rasmi menunjukkan kira-kira 510,000 kematian dicatatkan di India akibat koronavirus sejak Mac 2020, menjadikannya ketiga tertinggi di dunia.

Seorang pakar populasi di Universiti Paris, Profesor Christophe Guilmoto bagaimanapun mendapat keputusan berbeza menggunakan model matematik.

Guilmoto membandingkan trend kematian akibat Covid-19 di Kerala iaitu negeri paling maju di selatan India terhadap 27 negeri lain. Kerala merupakan satu-satunya negeri yang mendedahkan perincian kes mengikut usia, jantina dan tarikh kematian. 

Berdasarkan kajiannya, Guilmoto memberi amaran bahawa angka kematian sebenar di India adalah lebih tinggi.

Walaupun memiliki kes Covid-19 yang tinggi, India bagaimanapun masih berada di kedudukan ke-19 dunia jika mengambil kira jumlah kematian berbanding saiz populasinya. Negara berpenduduk 1.38 bilion itu akan mempunyai kadar kematian kira-kira 2.7 setiap 1,000 orang iaitu sama seperti Amerika Syarikat (2.7 setiap 1,000) dan Britain (2.3 setiap 1,000).

Menteri-menteri India sebelum ini menolak cadangan jumlah kematian yang dianggarkan oleh akhbar The Economist iaitu enam kali ganda lebih tinggi. Anggaran tersebut dikatakan spekulatif dan salah maklumat. 

Saintis-saintis bagaimanapun berpendapat bahawa keputusan itu menggariskan magnitud sebenar wabak Covid-19  di India dan menyeru kerajaan supaya meningkatkan vaksinasi dan pengawasan koronavirus di seluruh negara. 

Berdasarkan angka rasmi New Delhi, kematian akibat Covid-19 di India ketika ini adalah ketiga tertinggi di dunia selepas AS dan Brazil. Jika berpandukan angka rasmi tersebut dan membandingkannya dengan populasi negara itu, India berada di kedudukan 116 dunia atau kelompok terendah berbanding sebilangan negara lain.

Negara itu melakukan kira-kira  satu ujian saringan bagi setiap 1,000 penduduk setiap hari dan tidak pernah melakukan saringan komuniti secara besar-besaran untuk menangani pandemik Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI