fbpx

Lelaki diugut tembak gara-gara ganggu mesyuarat Zoom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan RPB mengacu pistol angin ke arah SES selepas mesyuarat Zoomnya diganggu bunyi bising tapak binaan. - Coconut News

JAKARTA – Polis di Jakarta menahan seorang lelaki pertengahan usia kerana mengugut seorang pekerja binaan dengan menggunakan pistol angin, lapor laman Coconut News.

Suspek yang dikenali sebagai RPB dilaporkan bertindak sedemikian kerana mangsa, SES, melakukan kerja pengubahsuaian kediaman  dalam keadaan bising sehingga mengganggu sesi mesyuarat online lelaki itu.

“RPB berang kerana bunyi  di tapak binaan terlalu bising dan mengganggu dia yang sedang bermesyuarat secara online menerusi aplikasi  Zoom.

“RPB telah meminta SES mengurangkan sedikit bunyi bising yang dibuat tetapi permintaan itu tidak diendahkan,” kata jurucakap Polis Metro Jakarta, Endra Zulpan.

Rakaman video yang menunjukkan RPB mengacu pistol angin ke arah SES tular di media sosial Indonesia.

Menerusi paparan video itu, RPB bertanya sama ada SES mahu ditembak di kaki atau lutut namun polis mengesahkan tiada sebarang tembakan dilepaskan.

RPB telah ditahan polis dan didakwa atas jenayah ugutan ganas, yang boleh dihukum penjara sehingga 1 tahun di bawah Akta Jenayah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI