fbpx

War Room Perumahan atasi isu kelewatan projek perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (depan kiri) menyampaikan sumbangan persekolahan kepada seorang kanak-kanak pada program 'Back to School' Parlimen Maran di Dewan Arena Tengku Muda Pahang di Maran hari ini.

MARAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewujudkan War Room Perumahan atau pelan mitigasi dalam usaha mengatasi isu kelewatan projek perumahan di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, pendekatan itu akan membabitkan semua projek perumahan di bawah seliaan KPKT seperti projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) serta termasuk pemaju swasta.

“Menerusi pelan mitigasi ini pihak KPKT akan memantau secara rapat kemajuan projek melalui pemerhatian khusus, laporan mingguan dan terakhir surat amaran.

“Dalam konteks kelewatan projek rumah PR1MA ini masalah utama dikenalpasti ialah kekangan kewangan yang dialami oleh PR!MA pada tahun 2017-2019 yang menyebabkan kelewatan dalam pembayaran,”katanya di selepas program ‘Back to School’ Parlimen Maran di Dewan Arena Tengku Muda Pahang di sini hari ini.

Menurut Ismail, mitigasi ini merupakan proses berfokus bagi menyelesaikan sebarang isu kelewatan projek agar ia dapat diselesaikan dengan tangkas, cepat dan terbaik.

Jelasnya sekiranya kontraktor asal gagal menyiapkan projek mengikut perjanjian, pihak KPKT akan mencari kontraktor penyelamat bagi meneruskan projek demi kebajikan rakyat.

“Pelan Rasionalisasi Projek PR1MA telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan sehingga kini PR1MA tidak lagi lewat melunaskan bayaran kepada kontraktor,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pandemik Covid-19 menjadi antara faktor utama yang menyebabkan tapak binaan ditutup dan bekalan bahan binaan terganggu dalam tempoh yang panjang.

Ujarnya antara impak utama akibat Covid-19 ialah kekurangan tenaga buruh binaan serta kekangan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di tapak serta peningkatan kos binaan di luar jangka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI