fbpx

Kepenatan Lee Saerom disensasikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE SAEROM

BENAR kata orang, sangat susah menjadi selebriti kerana apa sahaja yang dilakukan atau dibicarakan pasti menjadi perhatian sehingga boleh mengundang salah faham.

Situasi tersebut berlaku terhadap penyanyi kumpulan Fromis_9 iaitu Lee Saerom apabila kemunculannya dalam siaran langsung V Live baru-baru ini disalah erti sesetengah pihak.

Semuanya gara-gara ada penonton secara tidak sengaja mendengar Saerom meluahkan rasa penat melampau dan mahu segera pulang ke rumah.

Menyedari luahan tersebut mengundang kontroversi, Saerom menerusi akaun WeVersenya menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. Keletihan yang dialaminya ada kaitan dengan tempoh kuarantin yang terpaksa dilalui.

“Dalam V Live tempoh hari, saya beritahu mereka yang saya suka kuarantin seorang diri. Tetapi lama-kelamaan, saya jadi penat sebab tak boleh keluar.

“Disebabkan saya tinggal bersama Seoyeon di asrama, kami tak boleh berjumpa selagi dia tidak negatif Covid-19. Sebab itu saya kata nak balik cepat, sebab nak jumpa dia. Mungkin perkataan saya gunakan tempoh hari disalah faham,” jelasnya.

Situasi tersebut membuatkan peminat berasa hairan kerana Saerom terpaksa menjelaskan kepada semua orang walhal itu bukanlah isu yang perlu diperbesar-besarkan oleh netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI