fbpx

Hanya 8 laporan AEFI PICKids tidak serius diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hanya lapan laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) diklasifikasikan sebagai tidak serius susulan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) yang bermula Isnin lalu.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, sehingga 11 Februari lalu, sejumlah 79,393 dos vaksin telah diberikan bagi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun.

“Hanya lapan laporan AEFI tidak serius telah diterima bersamaan kadar 0.1 laporan bagi setiap 1,000 dos.

“Antara kesan yang dilaporkan iaitu reaksi pada kulit, muntah dan sakit pada bahagian abdomen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Roshayati berkata, selain itu, hanya 80 laporan AEFI diklasifikasikan sebagai serius selepas bermula Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) atau PICK-B pada 13 Oktober tahun lalu.

Katanya, sebanyak 13,000,984 dos penggalak telah diberikan manakala pelaporan AEFI di kalangan penerima dos penggalak direkodkan berjumlah 1,104 bersamaan kadar 85 laporan bagi setiap sejuta dos.

“Ini adalah lebih rendah daripada kadar keseluruhan pelaporan AEFI iaitu 386 bagi setiap sejuta
dos.

“Maka daripada jumlah laporan AEFI yang diterima bagi dos penggalak ini, hanya 80 laporan diklasifikasikan sebagai serius bersamaan kadar enam laporan bagi setiap juta dos,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, Sistem Pelaporan AEFI NPRA telah menerima sejumlah 24,990 laporan AEFI termasuk 1,104 laporan melibatkan dos penggalak vaksin Covid-19 dan lapan laporan bagi penerima vaksin golongan kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI