fbpx

Lelaki OKU ditemui rentung dalam bilik tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui rentung selepas bilik tidurnya terbakar di sebuah rumah di Lorong Changkat Damai, Kampung Changkat Damai, dekat sini hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian daripada orang awam pada pukul 10.01 pagi.

“Seramai 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan dan Selayang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran pada sebuah bilik tidur di rumah berkenaan dan seorang lelaki ditemui rentung,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurut beliau, mangsa yang rentung itu dikenali Mohammad Fairus Mohd. Ambol berusia 44 tahun dan mangsa merupakan seorang OKU (mental).

“Kita dimaklumkan ketika kejadian, ibu dan dua adik mangsa turut berada di rumah berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud perbuatan khianat atau mangsa ada membuat pembakaran dalam bilik berkenaan,” ujarnya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI