fbpx

Radio keperluan seharian penting kehidupan masa kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebook.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa radio bukan sahaja gaya hidup tetapi merupakan keperluan seharian yang amat penting dalam kehidupan masa kini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, Malaysia merupakan antara negara kolonial British terawal menggunakan teknologi radio.

Menurut beliau, malah pada pra dan pasca merdeka juga, radio menjadi medium penting untuk rakyat mendapatkan maklumat semasa pada masa itu.

“Melalui radio jua kita mengumpulkan semangat-semangat pejuang dalam mempertahankan tanah air,” katanya hari ini.

Ismail Sabri berkata, kini, radio menjadi nadi aspirasi di kala pagi, peneman di kala tengah hari dan hiburan di kala petang.

“Di saat Keluarga Malaysia memandu pulang, radio juga menjadi rakan yang akrab disisi.

“Bertemakan Radio dan Keyakinan, saya mengucapkan Selamat Hari Radio Sedunia bagi tahun 2022 dan teruskan menyebarkan informasi terkini kerana fungsi radio terus relevan sampai bila-bila,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI