fbpx

Peminat harap Janna Nick masuk AJL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA muncul dengan single baharu selepas beberapa tahun.

SELEPAS hampir empat tahun, Janna Nick kembali hadir dengan lagu terbaharunya berjudul Gatal baru-baru ini.

Sekali tonton video muzik dan dengar lagunya, memang melekat habis dalam kepala.

Gaya dan fesyen Janna dalam video klip lagu itu pun memang cantik dan menggoda! Malah, ramai peminat puji, suara pelakon itu seksi dan sesuai dengan lagu tersebut.

Disebabkan itu, peminat setia Janna mendoakan dan meletakkan harapan setinggi gunung untuk melihat pelakon itu beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) kelak.

Wah! Mungkin masih terlalu awal nak berfikir tentang itu tapi nampaknya harapan peminat tersangatlah besar untuk lihat Janna layak ke AJL dengan lagu Gatal.

Kita tunggu sajalah nanti. Harapnya tertunailah impian peminat dia.

DIVA: Ramai netizen tak setuju Datuk Seri Vida jadi Presiden Netizen dalam Big Stage 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI