fbpx

Kenapa ‘public’ benda yang dah ‘diprivate’ – Sakinah selar PU Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH SAKINAH dan PU Syed kini memanas dengan isu kerja 'jual badan'.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah mengembalikan teguran buat pendakwah bebas, PU Syed yang bertindak menegur gaya hidupnya.

Sakinah atau nama lengkapnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menerusi ruangan komen Instagram pendakwah berkenaan meninggalkan teguran ‘pedas’ buat pandakwah selebriti itu.

“Abang, akaun saya dah private, kenapa ‘public’ benda yang dah ‘diprivate’.

“Macam masuk rumah saya, bawa balik barang TV saya, suka ya?,” tegur isteri kepada lelaki mat saleh, Michael Hansen itu.

Dalam pada itu, menerusi Instastory, Sakinah turut mempersoalkan tindakan pendakwah berkenaan yang seakan-akan sengaja mengeruhkan lagi situasi.

“Kenapalah suka ajak ramai-ramai bercakap (garu kepala),” tulis Sakinah seraya menyertakan tangkap layar status media sosial PU Syed yang tertera pandangan dan teguran daripada sudut Islam bersama laporan media berjudul ‘Kerja saya jual badan, memang kena tunjuk aurat’.

Bagaimanapun, hantaran status media sosial PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak sudahpun dipadam.

Terdahulu, Sakinah menerusi satu hantaran dalam Instagram memaklumkan perlu menapis pengikut dan menyekat golongan lelaki daripada mengikuti akaun Instagramnya.

Menurutnya, kerja ‘jual badan’ merujuk terhadap pekerjaan yang memerlukan dirinya menunjukkan satu persatu otot tubuh sementelah dia juga sering dikecam gara-gara gambar dan video senaman dengan pakaian mencolok mata.

Lantaran itu, PU Syed menegur Sakinah dengan tulisan panjang lebar menerusi akaun media sosialnya.

Katanya, Sakinah ternyata belum menampakkan tanda-tanda ingin berubah.

“Kerap kali menegur hamba Allah ini, namun ternyata belum nampak tanda-tanda ingin berubah. Terlalu banyak kaedah mencari rezeki yang halal dan diredai serta diberikati kenapa cara ini yang kamu cari?

“Jika ternyata lumayan pendapatan dengan cara ini, ketahuilah, tiada keberkatan dan haram kerapa memperoleh dari cara yang haram,” tulisnya.

PU Syed turut menyarankan Sakinah menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT mencari reda bukan kemurkaannya-Nya iaitu dengan mengajak orang ramai menjalani gaya hidup sihat dengan cara patuh syariah.

“Ajak manusia untuk sihat dengan cara yang patuh syariah bukan meruntuhkan syariat. Malulah dengan Allah, jika semua ingin ditayang kepada orang, apa lagi yang tinggal untuk suamimu,” ujarnya.

Bagaimanapun, hantaran status berkenaan telahpun dipadam daripada akaun Instagram PU Syed.

Sebelum ini, PU Syed pernah menegur Sakinah menerusi surat terbuka tulisannya sekitar Mac 2021 berikutan aksi dan penampilan pelakon itu yang disifatkan sebagai mencolok mata dalam media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI