fbpx

Ibu bapa perlu yakin beri vaksin untuk anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Shukri ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Agama Islam Maik Bagi Tahun 2021 di Hotel The Grand Renai, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Ibu bapa perlu memberi keyakinan kepada anak-anak mereka untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam usaha menjaga keselamatan diri terutamanya apabila berada di sekolah.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ibu bapa juga perlu menepis pelbagai persepsi atau pandangan negatif menerusi laman sosial berhubung pengambilan suntikan vaksinasi kepada anak mereka.

“Dalam hal ini, ibu bapa perlu memberi keyakinan berhubung suntikan vaksinasi kepada anak-anak supaya tidak bimbang demi menjaga keselamatan diri.

“Kementerian Kesihatan juga telah mengkaji berhubung penjagaan keselamatan anak-anak kita apabila mengambil suntikan vaksinasi ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Majis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Bagi Tahun 2021 di Hotel The Grand Renai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, beberapa negeri lain sudah menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICK Kids) untuk kanak-kanak dan berharap ibu bapa di Kelantan dapat bersedia untuk menjalankan perkara sama.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan memulakan PICK Kids di Kelantan untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun bermula 14 Februari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI