fbpx

Berniaga bertahun-tahun tapi masih ‘pokai’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radz Mohd.

SHAH ALAM – Bangsa usahawan diseru untuk mengikuti sesi khas Live Session Bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang dibawakan setiap Ahad bulan ini.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd., sesi tersebut akan dibawa melalui platform saluran Telegram Azizan Osman Official bermula pukul 8 pagi.

“Sesi ini dibawakan khas buat bangsa usahawan terutamanya mereka yang sudah lama berniaga, namun masih tidak menampakkan hasil.

“Azizan sendiri mahu bersama-sama usahawan untuk memberikan sedikit sebanyak pandangan dan panduan bagi menyokong bisnes anda,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Radz, sesi itu juga sebagai persediaan usahawan sebelum mereka akan mengikut Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022.

“Klinik pada 4 hingga 6 Mac ini sememangnya tidak dapat dilepaskan oleh bangsa usahawan yang serius mahu bangkit dan berkembang tahun ini.

“Situasi sudah berubah dan seperti kata Azizan, tahun ini sebenarnya akan lebih mencabar berbanding ketika pandemik bermula,” ujarnya.

Makluman lanjut boleh didapati di binabisnesberjaya.com atau imbas kod QR tertera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI