fbpx

MoU PDI: Keputusan kerajaan beri manfaat pada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan mahu menyegerakan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) berkaitan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) disokong penuh oleh Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA).

Presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata, pendirian kerajaan tersebut pastinya memberi manfaat kepada semua pihak terlibat seperti rakyat yang memerlukan perkhidmatan pekerja domestik dari negara terbabit.

“PAPSMA menyokong penuh dan berterima kasih diatas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah mengambil keputusan supaya MoU berhubung Perkhidmat Domestik Indonesia (PDI) untuk segera dimeterai.

“Bagi pihak kesemua persatuan agensi pekerjaan swasta Malaysia, kami menyambut baik keputusan ini agar keprihatinan kerajaan dapat memberi manfaat kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan semalam bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan supaya MoU tersebut segera dimeterai.

MoU tersebut akan dimeterai Saravanan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Ida Fauziyah

Malaysia dan Indonesia ada 24 Januari lalu telah berstuju untuk melaksanakan projek rintis pengambilan 10,000 pekerja PDI dari negara jiran tersebut.

Pengambilan itu akan dimulakan sebaik sahaja MoU PDI dimeterai pada bulan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI