fbpx

24 kematian Covid-19, 122,991 kes aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 24 kes kematian Covid-19 telah dilaporkan yang menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 32,099 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, terdapat sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,483 kes.

“Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Kedah (5), Johor (4), Sabah (4), Pahang (3), Perak (3), Negeri Sembilan (2), Perlis (1), Selangor (1) dan Terengganu (1),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Pada masa sama, jumlah kes aktif terus meningkat dengan semalam mencecah melepasi 120,000 iaitu sebanyak 122,991 kes aktif.

Ia melibatkan 111,323 kes dikuarantin di rumah, 6,001 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,512 kes di hospital, 75 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 80 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI