fbpx

Pengarah syarikat program latihan dijel 2 tahun, denda RM829,170

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – “Mahkamah harap perkara sama tidak diulangi dan menjadi contoh teladan kepada anak-anak, walaupun hendak cari rezeki, carilah dengan cara yang betul,”

Demikian nasihat Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob terhadap seorang pengarah sebuah syarikat yang menjalankan program latihan selepas dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM829,170 atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berkaitan  program Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia-Industri (SKK1M) membabitkan jumlah RM165,834.

Hakim Rozina menjatuhkan hukuman penjara dan denda itu Ahmad Fauzi Abdul Samad, 50, selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah diakhir kes pembelaannya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan dari RM40,000 kepada RM65,000.

Dalam prosiding sama, mahkamah turut melepas dan membebaskan seorang lagi individu, Mohd. Faisal Ishak ,60, atas pertuduhan bersubahat dengan Ahmad Fauzi mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, pertama hingga keempat, Ahmad Fauzi telah memberikan suatu dokumen iaitu invois kepada empat syarikat bertarikh 25 November 2013 berjumlah RM165, 834 yang ia adalah palsu berkaitan dengan empat program SKK1M yang sebenarnya tidak dijalankan empat syarikat tersebut.

Empat syarikat itu ialah Moca Resources Sdn Bhd (Program Painting & Blasting), Alfah Synergy Sdn Bhd (Structured Internship Programme Scaffoding) Occupational Safety & Health Sdn  Bhd (Site Safety Supervisor Structured Internship Programme)  dan Iskandar Vocational & Tech Academy Sdn. Bhd. (Program Koloborasi Strategi Kolej Komuniti Bersama Industri – Juruteknik Telekomunikasi).

Kesemua dokumen invois palsu berkaitan program itu diberikan kepada seorang pegawai dari Bahagian Hubungan Industri, Pengesahan Graduan dan Alumni dari sebuah kolej komuniti.
yang didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Pengajian kolej berkenaan, di Putrajaya pada 25 November 2013.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai yang palsu atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kes dan kepentingan awam.

Bagaimanapun peguam Azzamudin Abd. Aziz yang mewakili Ahmad Fauzi memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada Disember 2019 itu, seramai 30 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI