fbpx

Lelaki warga Nepal maut terjatuh dalam mesin pengisar kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam mesin pengisar kayu dalam kejadian di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Nilai, Nilai, Seremban pagi tadi.-GAMBAR IHSAN BOMBA

SEREMBAN- Seorang lelaki warganegara Nepal maut selepas terjatuh dalam mesin pengisar kayu di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Nilai dekat sini pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Fadli Abd. Wahab berkata, mangsa dikenali sebagai Sheikh Amirul Haque, 40.

Menurut beliau, pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.13 pagi dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia di dalam sebuah mesin pengisar kayu. Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam mesin berkenaan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan oleh Kementerian Kesihatan. Kami telah menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI