fbpx
HYUN Bin dan Son Ye-jin sebelum ini mengumumkan hubungan cinta mereka kepada peminat pada Januari tahun lalu.

Hero heroin Crash Landing On You umum kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASANGAN pelakon drama popular Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye-jin berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.

Hyun Bin dan Ye-jin yang telah bercinta selama dua tahun itu merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Seoul, Korea Selatan.

Difahamkan hanya ibu bapa, keluarga dan rakan rapat akan diundang pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada bulan depan.

“Saya sudah bertemu dengan orang saya mahu hidup bersama sepanjang hayat.

“Saya tidak dapat membayangkan untuk seorang lelaki dan seorang wanita bertemu, berkongsi hati mereka dan berjanji tentang masa depan, tetapi saya tidak sangka kami sampai sejauh ini,” tulis Ye-jin dalam Instagramnya.

Ye-jin turut mendedahkan kehadiran Hyun Bin telah melengkapkan kehidupanya.

“Bersamanya membuatkan saya rasa tenang dan lengkap. Tolong doakan masa depan yang akan kami bina bersama,” tulis Ye-jin lagi.

Dalam pada itu, Hyun Bin turut membuat pengumuman perkahwinan tersebut di Instagram rasmi agensi pengurusannya.

“Saya menulis posting ini kerana saya ingin peminat yang selalu memberi sokongan dan perhatian tahu tentang keputusan terpenting dalam hidup saya terlebih dahulu.

“Mungkin ada yang sudah mengharapkan perkara ini. Ya, saya sudah membuat keputusan tentang perkahwinan dan secara berhati-hati mengambil langkah untuk ke fasa seterusnya dalam hidup saya.

“Saya sudah berjanji dengan gadis yang selalu membuat saya tersenyum dan berjalan bersama saya di masa hadapan,” ujar Hyun Bin.

Kedua-dua pelakon yang berusia 40 tahun itu mula menjadi pasangan kekasih pada Mac 2020 selepas bekerjasama dalam filem The Negotiation dan drama Crash Landing On You.
Populariti Hyun Bin pula melonjak selepas membintangi sitcom Nonstop 4 pada 2003 dan menjadi aktor pujaan ramai selepas membintangi deretan drama popular seperti My Lovely Sam-soon, Secret Garden dan Crash Landing On You.

Ye-jin pula mula meraih perhatian menerusi filem Lovers’ Concerto, The Classic, A Moment to Remember dan The Art of Seduction, My Wife Got Married dan The Last Princess. – K! ONLINE

POPULAR