fbpx

Sejarah baharu hoki wanita ke Piala Dunia Remaja 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan bakal beraksi di Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022.

IMPIAN untuk melihat skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan beraksi di Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022 tercapai selepas pasukan Jepun menarik diri bagi menyertai kejohanan tersebut pada 1 hingga 12 April 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu kenyataan berkata, skuad hoki wanita mendapat tawaran tersebut daripada
Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ekoran terdapat satu slot kosong bagi benua Asia.

Katanya, Malaysia dipilih untuk mengisi slot tersebut berdasarkan kiraan merit yang menyaksikan Malaysia kini berada di kedudukan kelima Asia.

“Pihak pengurusan tertinggi KHM nyata gembira dengan perkhabaran dan undangan yang kami terima dan kami melihat peluang beraksi di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022 sebagai satu penghormatan.

“Selepas berbincang, dengan pihak pengurusan tertinggi KHM serta Majlis Sukan Negara (MSN), kami sebulat suara bersetuju untuk menerima peluang yang ditawarkan bagi mengambil bahagian beraksi di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022.

“Ini juga merupakan satu sejarah bagi hoki wanita Malaysia yang harus dibanggakan. KHM cukup berbesar hati untuk menghantar Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan beraksi di kejohanan tertinggi dunia itu dan ia selaras dengan misi KHM iaitu untuk membawa hoki wanita di kedudukan yang tertinggi dan terbaik di peringat Asia mahupun dunia dalam lima tahun akan datang.

“Segala perancangan dan persediaan termasuk pengumuman senarai penuh pemain yang akan menyertai kejohanan ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” kata Presiden KHM, Datuk Sri Subahan Kamal.

Sejak Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Wanita diperkenalkan pada 1989 di Ottawa, Canada, ini merupakan kali pertama Pasukan Remaja Wanita Malaysia akan membuat penampilan di kejohanan berprestij itu.

Bagi FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita edisi kesembilan ini, Malaysia yang berada di kedudukan ranking ke-20 dunia akan menyertai Belanda di ranking No.1 dunia selain England (ke-2), Argentina (ke-3), Jerman (ke-5).

Manakala India berada di ranking ke-9 dunia. Korea (ke-11), Ireland (ke-12), Kanada (ke-13), Amerika Syarikat (ke-15), Afrika Selatan (ke-16), Rusia (ke-22), Wales (ke-23), Uruguay (ke-26), Ukraine (ke-28), dan Zimbabwe berkedudukan ke-54 dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI