fbpx

Ladang jagung bakal wujud atasi isu dedak import mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (dua kiri) melawat pameran Road to Expo 2020 Dubai selepas Program Sesi Dialog Industri Agromakanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Dewan Serbaguna MAFI, Putrajaya hari ini. - FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Harga runcit ayam dan ternakan ruminan lain dijangka mampu dikurangkan drastik apabila ladang jagung diwujudkan semula secara besar-besaran di seluruh negara.

Perkara itu dibayangkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, sekali gus mengatasi isu dedak jagung yang ketika ini 100 peratus dari luar negara.

Malahan, beliau dalam nada optimis berkata, jika Malaysia berjaya mengurangkan import, harga bahan makanan haiwan ternakan juga akan turun sebelum memasuki pasaran runcit.

“Saya akui selama ini kita mengimport sepenuhnya jagung kerana tiada pun pengeluaran di Malaysia kecuali cuma dalam skala amat kecil dan keadaan sebegini amat mendukacitakan.

“Justeru, saya telah arah pegawai kementerian ini untuk cari pendekatan bagi penanaman jagung sebagai dasar utama kerana ia berkait isu keselamatan makanan nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan portal bersepadu terbaharu, MyAgro Trade dan Sesi Dialog Industri Agromakanan 2022 di Wisma Tani di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI