fbpx

KAPB optimis peroleh 10,000 ahli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSTAFHA (tengah) menyerahkan sumbangan bantuan kepada seorang ahli KAPB di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) optimis mampu mencapai sasaran memperoleh seramai 10,000 ahli pada tahun ini.

Jumlah itu merangkumi lebih 7,000 ahli sedia ada di seluruh negara sejak koperasi berkenaan mula ditubuhkan pada 2014.

Setiausaha KAPB, Sahidi Mohamad berkata, sasaran itu didorong hasil kekukuhan pulangan dividen pelaburan sebanyak lapan peratus setiap tahun.

“Kami telah menetapkan jumlah pelaburan minimum hanya RM1,000 bagi setiap ahli.

“Keyakinan ahli koperasi kekal kukuh kerana kami komited untuk memberi pulangan dividen yang stabil saban tahun.

“Disebabkan faktor tersebut, kami berjaya memperoleh ahli baharu dan sehingga kini, kami memiliki seramai 10,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan Bantuan Bencana Banjir kepada ahli KAPB di sini semalam.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah KAPB, Datuk Mustafha Abd. Razak dan Datuk Mohamed Helmi Ilyas.

Menurut Sahidi, antara bidang yang diceburi koperasi adalah automotif, hartanah, penyiaran dan e-hailing.

Mengulas mengenai sasaran bayaran dividen pada tahun lalu ekoran tempias daripada pandemik Covid 19, pihaknya sentiasa mengutamakan kebajikan ahli tetapi perlu berhati-hati dengan situasi yang masih tidak menentu ketika ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sahidi berkata, pihaknya memperuntukkan bantuan berjumlah RM500,000 untuk disalurkan kepada 137 ahlinya yang terjejas akibat banjir tahun lalu.

“Setiap keluarga menerima wang tunai RM3,000 bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Semua peruntukkan itu sudah disediakan dalam Belanjawan KAPB,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI