fbpx

Johor sokong buka sempadan jika keputusan bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohamad beramah mesra dengan para usahawan sempena perasmian Ruang Kerja Iskandar Space Common Ground di Medini 6, Iskandar Puteri, Johor hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menyokong hasrat pembukaan sempadan antarabangsa khususnya melibatkan Singapura sekiranya melibatkan persetujuan kedua-dua negara.

Menurut Hasni, hal itu kerana pihaknya tidak mahu langkah membuka sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia di Singapura pulang dibuat semata-mata atas tujuan politik.

“Selaku Menteri Besar, saya sokong hasrat untuk membenarkan mereka (rakyat Malaysia) pulang, bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan bersama kedua-dua negara kerana kita tidak mahu menyusahkan rakyat.

“Kita tidak mahu kebenaran balik itu atas sebab politik, tetapi apabila mereka mahu pulang ke Singapura akan timbul isu lama menanggung kos kuarantin yang tinggi.

“Saya tidak fikir itu tindakan yang baik melainkan kerajaan buat keputusan sedia untuk membayar kos sekiranya mereka pulang semula ke Singapura,” katanya selepas melancarkan Common Ground Iskandar Space di Medini 6, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Hasni memberitahu persetujuan membuka sempadan antarabangsa khususnya melibatkan sempadan Malaysia-Singapura perlu dibuat secara bilateral, dan bukannya unilateral.

“Sekiranya perlu kembali bekerja di Singapura tanpa menimbulkan masalah dan kerajaan Singapura bersetuju mereka boleh balik dengan hanya membuat ujian seperti inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat, maka Johor sokong,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI