fbpx

Hafizh terharu sokongan padu RCB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH (tiga dari kanan) berharap dapat kembali dengan prestasi terbaik pada saingan WSBK, sekali gus membantu mengembangkan jenama RCB di persada dunia.

PELUMBA Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) negara, Hafizh Syahrin Abdullah tekad untuk menampilkan aksi terbaik pada musim sulungnya dalam perlumbaan tersebut bersama pasukan MIE Racing.

Bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bersama pasukan Yamaha Tech3 itu juga tidak mahu mensia-siakan sokongan seluruh rakyat Malaysia serta penaja, Racing Boy (RCB) yang sentiasa bersama­nya.

Hafizh berkata, kepercayaan yang ditunjukkan RCB selepas menjalinkan kerjasama sejak 10 tahun lalu nyata membakar semangatnya untuk mencatat keputusan membanggakan dalam saingan WSBK yang akan bermula April depan.

“Sebenarnya saya dengan RCB sudah lebih 10 tahun bekerjasama sejak dalam saingan Cub Prix lagi sehingga ke MotoGP dan sekarang di WSBK. Terima kasih kepada mereka kerana terus percaya dengan kemampuan saya.

“Sudah tentu saya sedia untuk tampilkan aksi terbaik bagi menghargai kepercayaan yang diberikan. RCB sentiasa memberikan sokongan kepada pelumba-pelumba tempatan,” kata pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu.

Sebagai rekod, Hafizh memilih untuk mengembangkan karier­nya dalam saingan WSBK musim ini selepas kontraknya bersama pasukan Moto2, NTS Racing tidak disambung sebaik saingan 2021 berakhir.

Justeru, pelumba berusia 28 tahun itu berharap dia boleh mengembalikan prestasi terbaik dalam saingan WSBK musim ini selain mahu membantu untuk mengembangkan jenama RCB di persada dunia.

“Saya bangga kerana ada jenama tempatan berikan sokongan, ini membuatkan saya lebih ya­kin untuk terus berlumba. Saya harap kami boleh lakar kejayaan bersama serta bangunkan sesuatu yang baharu untuk terus maju ke hadapan,” ujar Hafizh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI