fbpx

Gurauan mahu pergi jauh jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakan sekerja dan penduduk membantu mengusung jenazah ke Tanah Perkuburan Islan , Kampung Salak Tinggi, Sepang hari ini. - Foto oleh SUBKHI SUDARJI

SEPANG – Gurauan seorang lelaki yang meminta rakan sekerja memenuhkan tangki bahan api kenderaan kerana dia mahu pergi jauh merupakan petanda arwah Muhamad Hazri Asliyas, 35, akan dijemput ajal dalam kemalangan pagi tadi.

Bapanya, Asliyas Sulaiman, 60, berkata, gurauan itu disuarakan rakan arwah anaknya memandangkan dia akan memandu membawa kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Melaka hari ini.

“Malam sebelum kejadian, saya berbual dengannya agak lama dan ini jarang dilakukannya. Bahkan, ada rakan memaklumkan dia bergurau akan pergi jauh.

“Pada mulanya dia mahu tugasnya digantikan dengan rakan sekerja, namun mereka mempunyai tugasan masing-masing. Jadi dia meneruskan tugas hakikinya membawa kakitangan ke Melaka,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Salak Tinggi, Sepang hari ini.

Asliyas yang merupakan anggota trafik Balai Polis USJ memberitahu, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak kedua daripada empat beradik tersebut.

“Sebelum ini, arwah ada memaklumkan kepada ibu mentuanya agar membawa isteri dan anak-anaknya pulang ke Serting, Negeri Sembilan.

“Kami menganggap itu gurauan sehingga berlaku kejadian (kematian) hari ini,” katanya.

Asliyas turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung, USIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu memastikan segala urusan berkaitan jenazah anaknya berjalan lancar.

Turut mengunjungi keluarga arwah ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI