fbpx

Wanita ditahan masukkan kucing peliharaan dalam mesin basuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUCING yang terkejut itu dirakam terperangkap di dalam sebuah mesin basuh. – Daily Star

HONG KONG – Seorang wanita ditahan selepas sebuah video yang memaparkan dia bertindak memerangkap seekor kucing di dalam mesin basuh tular di media sosial, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita yang dipercayai berusia 28 tahun itu ditahan selepas menakut-nakutkan kucing peliharaannya kerana meninggalkan najis di tempat yang tidak sepatutnya, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Menerusi rakaman yang dikongsikan di media sosial, kucing itu dilihat berada di dalam sebuah mesin basuh sebelum penutupnya tertutup secara mengejut.

Alat itu kemudian dihidupkan selama kira-kira sepuluh saat dengan kucing itu menekan hidungnya pada penutup mesin basuh tersebut, lapor akhbar South China Morning Post.

Ia dibebaskan selepas penutupnya terbuka dan melompat keluar dari mesin itu dengan pantas.

Pemilik kucing tersebut yang tinggal di bandar Tin Shui Wai, Hong Kong ditahan di Balai Polis Yuen Long kerana disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) yang memfailkan laporan kepada pihak berkuasa berkata, mereka menerima beberapa pertanyaan yang dikaitkan dengan video itu. 

“SPCA menentang sebarang kelakuan tidak bertanggungjawab oleh pemilik yang boleh menyebabkan kemudaratan atau kecederaan kepada haiwan mereka,’’ kata seorang jurucakap. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI