fbpx

Semua mangsa banjir Pitas dibenarkan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semau mangsa banjir di Pitas, Sabah dibenarkan pulang

PITAS – Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir di daerah Pitas ditutup sepenuhnya pukul 12 tengah hari tadi.

Dua PPS berkenaan adalah PPS Dewan Kampung Sinukab dan Dewan Kampung Kusilad yang menempatkan 559 mangsa daripada 183 keluarga.

Setakat pukul 10 pagi tadi, PPS Dewan Kampung Sinukab kekal merekodkan seramai 510 mangsa banjir meliputi 170 keluarga.

Manakala seramai 49 mangsa melibatkan 13 keluarga lagi masih berada di PPS Dewan Kampung Kusilad.

Terdahulu, dua PPS iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas ll dan Dewan SK Rukom ditutup semalam sekaligus menunjukkan situasi banjir di daerah Pitas semakin pulih. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI