fbpx

Pahang, Johor alami hujan berterusan hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan beberapa kawasan di negeri Pahang dan Johor.

Menerusi laporan cuacanya di YouTube, MetMalaysia menjangkakan keadaan hujan lebat itu akan tertumpu di daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran, Pahang manakala di Johor pula melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.

Jelasnya, dijangkakan cuaca buruk ini akan berterusan sehingga esok.

“Orang awam di kawasan terlibat diminta untuk berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa.

“Ini kerana keadaan hujan lebat berterusan boleh menyebabkan kenaikan air melibatkan kawasan berkedudukan rendah,” ujarnya.

Sementara itu, di Sabah dan Sarawak pula keadaan cuaca cerah di semua kawasan pada pagi ini.

“Bagaimanapun, MetMalaysia menjangkakan keadaan hujan lebat serta ribut petir masih berpotensi untuk berlaku di bahagian Barat dan Tengah negeri Sarawak serta hampir kesemua bahagian di negeri Sabah,” katanya lagi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI