fbpx

Lelaki Turki kuarantin 14 bulan, positif Covid-19 sebanyak 78 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUZAFFER Kayasan, yang tinggal di daerah Sariyer di Istanbul dijangkiti Covid-19 pada November 2020. – Anadolu Agency

ANKARA – Seorang lelaki Turki berusia 56 tahun dilaporkan menjalani kuarantin selama 14 bulan dan diuji positif Covid-19 sebanyak 78 kali sejak dijangkiti pada November 2020, lapor laman Oddity Central, semalam.

Muzaffer Kayasan telah dikuarantin di hospital dan rumah sendiri selama lebih setahun. 

Dia kini bergelut mencari jalan untuk kembali menjalani kehidupan lamanya. 

Setelah dijangkiti koronavirus pada November 2020, Kayasan telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sehingga penyakitnya menjadi kurang teruk.

Dia berjaya mengatasi gejala Covid-19 yang teruk tetapi virus itu kekal dalam badannya.

Setiap ujian akan menunjukkan keputusan positif sehingga memaksanya menjalani kuarantin di hospital atau rumah.

Doktor menyatakan mengapa tubuhnya menyimpan virus tersebut setelah sekian lama adalah kerana dia adalah pesakit leukimia serta mengalami gangguan imunisasi badan.

Walaupun diberi ubat untuk meningkatkan sistem imun tetapi prosesnya agak lama dan sukar.

Kuarantin yang lama telah memberi kesan kepada kehidupan sosial Kayasan sehingga menyebabkan dia tidak dapat berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan. 

Dia hanya dibenarkan melihat anak dan cucu melalui tingkap. Hanya isteri dan anak bongsunya tinggal bersama. 

“Saya tiada masalah di sini selain tidak dapat menyentuh orang tersayang. Ia sangat sukar. Saya tidak boleh mendapatkan vaksin kerana keadaan saya,’’ kata Kayasan kepada agensi berita Anadolu Agency. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI