fbpx

Banjir Pitas beransur pulih, 559 mangsa berada di dua PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi banjir di beberapa kawasan sekitar daerah Pitas pagi tadi-. -Foto: Ihsan APM

PITAS – Seramai 559 mangsa banjir membabitkan 183 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.

Setakat pukul 10 pagi tadi, jumlah berkenaan menunjukkan penurunan berbanding 583 mangsa daripada 190 keluarga setakat pukul 5 petang semalam.

Penutupan dua PPS iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas ll dan Dewan SK Rukom semalam juga menunjukkan situasi banjir di daerah Pitas semakin pulih.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menyatakan PPS Dewan Kampung Sinukab kekal merekodkan seramai 510 mangsa banjir meliputi 170 keluarga.

“Seramai 49 mangsa melibatkan 13 keluarga lagi masih berada di PPS Kampung Kusilad.

“Bagaimanapun, kita mengingatkan penduduk sekitar agar sentiasa berwaspada.

“Penduduk juga dinasihatkan supaya penduduk peka dengan perkembangan keadaan cuaca semasa berikutan ia tidak menentu ketika ini,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI