fbpx

Balasan tiga sebatan, tujuh tahun penjara buat penagih tegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang tukang kebun sekolah yang juga penagih tegar dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, tadi

KUALA PILAH – Seorang tukang kebun sekolah yang baharu sahaja bebas menjalani hukuman penjara lima tahun serta satu sebatan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, pada tahun 2016 atas kesalahan dadah masih tidak serik-serik apabila dikenakan hukuman sekali lagi atas kesalahan yang sama.

Tertuduh, Mohd Fadli Kahar, 40, yang sebelum ini mempunyai 13 rekod lampau hari ini dijatuhkan hukuman lebih berat iaitu penjara tujuh tahun dan tiga sebatan.

Hukuman itu dikenakan selepas tertuduh mengaku salah menggunakan dan memberikan dadah kepada diri sendiri di hadapan Hakim Norma Ismail sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Julai 2020 di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin dengan memberi dadah jenis Morphine kepada diri sendiri.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39C (1) akta sama.

Bagaimana tertuduh kemudian dikenakan hukuman lebih berat mengikut Seksyen 39C (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berikutan pernah menerima hukuman mengikut Seksyen 39C (1) akta sama pada 2018.

Tertuduh yang masih bujang dalam rayuannya memohon Hakim meringankan hukuman memandangkan dia mempunyai masalah kesihatan iaitu asma.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI