fbpx

Penternak ayam rayu subsidi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wooi Perng menunjukkan senarai penentuan harga maksimum barangan keperluan yang ditetapkan kerajaan pada sidang akhbar di Ayer Tawar, dekat sini hari ini.

LUMUT – Persatuan Penternak Manjung merayu kerajaan segera melakukan sesuatu termasuk memberikan subsidi terhadap industri penternakan ayam yang kini beroperasi dalam keadaan kos melebihi harga jualan.

Pengerusinya, Tan Wooi Perng, berkata industri itu berisiko gulung tikar dalam tempoh dua bulan lagi jika kerajaan tidak melakukan sesuatu khususnya kenaikan kos makanan ayam.

“Kerajaan menetapkan harga ayam di ladang pada RM5.60 sekilogram (kg) berkuatkuasa 5 Februari lalu sehingga 5 Jun depan, sedangkan kos menternak ialah RM6.20 kg.

“Jika diambil kira kos keseluruhan termasuk pinjaman bank, penyelenggaraan dan sebagainya, boleh mencecah RM6.60 kg,” katanya pada sidang akhbar di Ayer Tawar, dekat sini hari ini.

Menurut beliau, kenaikan kos menternak sebahagian besarnya berpunca daripada peningkatan harga dedak yang meliputi 70 peratus daripada kos operasi industri itu.

Katanya, harga RM80 bagi satu beg seberat 50kg pada 2020, melonjak RM120 hingga RM125 akhir tahun lalu bergantung pada kuantiti dan jenama.

Jelasnya, harga dedak kemudian meningkat antara RM1 dan RM2 setiap bulan sejak itu manakala harga ayam maksimum di ladang kekal RM5.60 sejak Disember lalu.

“Jika kerajaan bantu memberi subsidi sama ada dalam bentuk subsidi dedak atau subsidi terus kepada penternak, sekurang-kurangnya kita ada peluang untuk ‘bernafas’.

“Penternak di Manjung mengeluarkan kira-kira 10 juta ekor ayam sebulan iaitu kira-kira 17 peratus daripada pengeluaran ayam segar di Semenanjung Malaysia,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI