fbpx

Pemburu bunuh 447 rusa, babi hutan untuk keseronokan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAP pemburu dikenakan bayaran sehingga €1,000 (RM4,780.24) untuk menyertai sesi yang sah di bawah undang-undang Sepanyol itu. – Daily Mail

MADRID – Kumpulan-kumpulan pencinta alam sekitar menyelar tindakan membunuh hampir 450 ekor rusa dan babi hutan dalam satu pemburuan yang dijalankan selama sehari di Sepanyol, lapor akhbar Daily Mail semalam. 

Kematian besar-besaran itu berlaku semasa aktiviti pemburuan komersial di estet persendirian Los Posteruelos, bandar Villaviciosa de Córdoba, berhampiran kawasan bukit bukau di  Andalusia. 

Sebanyak 447 ekor haiwan itu diletakkan dalam sebuah kawasan berpagar bagi mengelak daripada terlepas sebelum ditembak oleh 70 pemburu yang mengambil bahagian. 

Setiap pemburu dikenakan bayaran mencecah €1,000 (RM4,780.24) untuk menyertai sesi pemburuan tersebut yang dilaporkan sah di bawah undang-undang Sepanyol.

Bagaimanapun, kumpulan-kumpulan hak asasi haiwan berkata, penggunaan pagar adalah tidak beretika kerana babi hutan dan rusa itu tidak dapat melarikan diri. Mereka mengecam tindakan itu selepas imej bangkai haiwan tersebut bergelimpangan tersebar di media sosial.

Setiap pemburu membunuh kira-kira enam atau tujuh haiwan tersebut sekali gus jauh lebih tinggi daripada kadar purata pemburuan biasa dalam sehari, kata mereka.

Presiden Persekutuan Pemburuan Diraja Sepanyol, Manuel Gallardo memberitahu akhbar El Mundo bahawa pemburuan skala besar diperlukan kerana kewujudan spesies itu yang terlalu banyak.

Namun, wakil pertubuhan alam sekitar Ecologists in Action membidas kenyataan Gallardo dan menganggap pemburuan itu sebagai ‘pesta darah dan kematian’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI