fbpx

Hanya 12 peratus kanak-kanak Terengganu daftar PICKids

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alias (dua dari kiri) dan Kasemani (kiri) memantau proses vaksinasi Covid-19 seorang kanak-kanak pada program PICKids di HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kadar pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di Terengganu masih rendah iaitu kira-kira 12 peratus sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, setakat ini, cuma 21,901 daripada 628,914 daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negeri ini telah mendaftar secara sukarela bagi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Beliau berkata, sambutan itu kurang memberangsangkan berbanding sasaran awal iaitu 124,206 orang.

“Ia disebabkan kebanyakan ibubapa dan penjaga di Terengganu mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Kita pernah mengalami situasi sama sebelum ini namun beransur-ansur baik kemudian seperti program vaksinasi remaja yang telah mencapai 93 peratus,” katanya selepas melancarkan PICKids peringkat Terengganu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong turut hadir menyaksikan 20 kanak-kanak pertama dari Terengganu menerima suntikan vaksin Covid-19 tersebut.

Alias berkata, beberapa pendekatan telah diambil bagi menggalakkan lebih ramai ibubapa dan penjaga melakukan pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 tersebut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 141 pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka di seluruh Terengganu bagi program PICKids.

“Ia merangkumi 64 PPV sekolah, 39 klinik swasta, 24 klinik kesihatan, lapan PPV ‘offsite’ dan enam buah hospital,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI