fbpx

Bah bukan sebab perlombongan pasir sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) bersama pemenang Ikon Agro Selangor 2021 di Wisma PKPS, dekat sini malam tadi.

SHAH ALAM – Punca bencana alam seperti banjir di negeri ini bukan semata-mata disebabkan kegiatan perlombongan pasir di kawasan tertentu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, banjir besar yang berlaku hujung tahun lalu contohnya adalah berpunca daripada limpahan air dari hulu sungai yang menyebabkan kawasan hiliran mengalami banjir besar.

“Tidak ada sebab itu (banjir), itu adalah benda biasa yang telah berlangsung sekian lama dan tidak ada kesan-kesan daripada perlombongan pasir.

“Sebahagian perlombongan pasir adalah untuk menyediakan ‘Hybrid off River Augmentation System’ (HORAS) dan juga kolam takungan. Jadi, HORAS untuk takungan air dan tidak mungkin itu perlombongan pasir di tasik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Ikon Agro Selangor 2021 di Wisma PKPS malam tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menggesa kerajaan negeri Selangor untuk melakukan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar bencana bah di negeri tersebut.

Noh turut mengulas mengenai kegiatan perlombongan yang semakin berleluasa di Kampung Bestari Jaya didakwa disebabkan aktiviti sedut pasir.

Mengulas lanjut dakwaan itu, Amirudin menjelaskan HORAS dijalankan di kawasan hilir bukannya di hulu dan tidak mungkin ia menjadi punca banjir.

“Setakat ini, kita kena terima hakikat bahawa banjir berlaku disebabkan jumlah hujan yang tinggi dan dalam tempoh tertentu air hujan tersebut memerlukan pengaliran dan dalam masa sama berlaku air pasang besar.

“Banjir boleh berlaku di Bestari Jaya di hilir jika limpahan air berlaku di Hulu Selangor. Begitu juga di Sepang yang mengalami banjir disebabkan hujan lebat dari Hulu Langat yang akhirnya sampai di Kuala Langat,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI