fbpx

Anak-anak menangis, bapa terpaksa tinggal keluarga demi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan adegan sedih seorang anggota ATM yang terpaksa meninggalkan keluarganya demi tugasan kepada negara.

PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi amanah yang dipikul.

Itu antara perasaan yang akan diharungi oleh seorang bapa apabila terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri demi melaksanakan tugasan kepada negara.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook semalam, keadaan sama dialami oleh seorang bapa yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaat terpaksa meninggalkan ahli keluarganya.

Kisah menyayat hati yang dipercayai dirakam oleh salah seorang ahli keluarga itu memaparkan dua anak kecil sedang menangis dan ‘mengamuk’ disaat bapa mereka terpaksa pergi untuk menjalankan tugas demi negara.

Menerusi klip video berdurasi 42 saat itu, kelihatan seorang bapa yang lengkap berpakaian anggota ATM baru menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya.

Namun, tindakan itu dihalang oleh seorang anak perempuannya sambil kanak-kanak itu dilihat menarik baldi yang ingin dibawanya.

Turut kedengaran suara kanak-kanak itu menangis dan meminta ayahnya supaya tidak pergi meninggalkan mereka.

Perkongsian sedih itu membuatkan ramai netizen terharu dengan adegan terbabit dan masing-masing mendoakan keluarga itu tabah dengan ujian terpaksa berjauhan.

“Tabik untuk warga askar, sanggup tinggal anak isteri berbulan-bulan,mungkin bertahun demi tanggungjawab untuk negara,” tulis Jue Azam.

“Kamu semua tak rasa apa yang mereka rasa, ayahnya tetap cekal walaupun sebak dihati, demi tugas perlu dilaksanakan,” kata Mohd Nazri pula.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Eimanzura Eiman.

“Teringat zaman kanak-kanak masa tu abah kerja kat kem Batu 10, Kuantan, Pahang. Macam ni lah, tambah-tambah masa raya abah kena masuk hutan, al-fatihah utk arwah abah dan emak,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI