fbpx

719 penduduk berpindah akibat banjir di Pitas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa sedang membuat pemantauan di salah sebuah PPS di sini.

PITAS – Seramai 719 penduduk membabitkan 236 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini sejak malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, seramai 510 mangsa melibatkan 170 keluarga kini berada di PPS Dewan Kampung Sinukab.

“Sejumlah 81 penduduk membabitkan 29 keluarga pula kini ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas ll.

“PPS Dewan Kampung Kusilad menempatkan 73 mangsa banjir melibatkan 20 keluarga manakala seramai 55 mangsa daripada 17 keluarga berada di PPS Dewan SK Rukom,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, penduduk kampung khususnya di kawasan rendah atau berhampiran sungai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu di ketika ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI