fbpx

PRN Johor diteruskan ikut SOP ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada memandangkan kesan langsung Covid-19 ditunjukkan varian Omicron dilaporkan tidak seteruk varian Delta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan meneruskan PRN Johor dibuat berdasarkan data dikumpulkan menunjukkan varian Omicron tidak menunjukkan kesan teruk berbanding Delta.

“Omicron tidak tunjuk kesan teruk seperti Delta, semua data menunjukkan kesannya akibat Delta.

“Maka, PRN akan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan di mana drafnya telah dimuktamadkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini,” katanya dalam sidang akhbar khas tadi.

Sebelum ini, Khairy memaklumkan SOP PRN Johor dilaporkan hampir selesai dan akan dibentang kepada pengurusan tertinggi KKM dalam masa terdekat.

Jelasnya, SOP untuk PRN Johor akan menyaksikan sedikit perbezaan berbanding apa yang dilakukan Melaka dan Sarawak dengan mengambil kira kewujudan varian Omicron. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI