fbpx

Perompak gagal umpil mesin ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahrin (tengah) menunjukkan mesin kiosk ATM yang gagal dirompak oleh seorang suspek di sebuah pasaraya di Jalan Segamat-Kuantan di Segamat tengah malam tadi.

SEGAMAT – Seorang lelaki gagal dalam cubaan memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam sebuah pasar raya di Jalan Segamat-Kuantan di sini tengah malam hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam itu, lelaki terbabit juga berputih mata untuk melarikan wang tunai berjumlah RM77,000 tersimpan di satu sudut kotak ruangan khas dalam mesin ATM berkenaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian di sedari oleh anggota keselamatan pasar raya tersebut yang bertugas pagi ini selepas melihat kamera litar tertutup (CCTV) di kios berkenaan.

“Rakaman CCTV mendapati suspek berusaha selama satu jam untuk melarikan wang tunai di mesin ATM berkenaan sebaik berjaya memasuki bangunan itu pada pukul 11.15 malam kelmarin, sebelum keluar semula pada 12.15 tengah malam tadi.

“Suspek dipercayai agak mahir berkaitan mesin ATM namun kecanggihan teknologi terkini diguna pakai pihak pengurusan perbankan menyebabkan usahanya itu menemui jalan buntu,”katanya dalam sidang media di IPD Segamat di sini, hari ini.

Menurut Bahrin, pihak pengurusan pasar raya kemudiannya membuat satu laporan polis mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Hasil pemeriksaan daripada CCTV turut mendapati seorang suspek lelaki sedang mengumpil selain menggunakan alat pembakar mini.

Ini berdasarkan kesan terbakar di bahagian atas papan permukaan mesin ATM berkenaan namun usaha suspek gagal mengeluarkan sebarang wang tunai.

“Siasatan lanjut turut dijalankan dengan bantuan Forensik Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar serta Unit K9 IPD, Segamat,”tambahnya.

Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek memasuki lokasi pasar raya itu melalui bumbung bangunan belakang sebelum melarikan diri di laluan yang sama.

Pihak polis turut menahan tiga pengawal keselamatan lelaki, seorang warga tempatan, warga Bangladesh serta Nepal berusia 30an bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun pihak polis masih giat menjejaki suspek utama terbabit.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan saksi kejadian diminta menghubungi talian IPD Segamat 07-9312222 atau mana-mana balai polis berhampiran.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI